Definisi Konsep Pemberian dan Perwakilan Kuasa

Terdapat beberapa konsep yang dirasakan perlu diberikan makna untuk menjelaskan lagi topik yang dibincangkan berkaitan tajuk ini, antaranya ialah:

Kuasa

Menurut Weber (1947) dalam Sufean Hussin (2002:183), kuasa merujuk kepada kemampuan seseorang melakukan sesuatu aktiviti walaupun terdapat rintangan daripada pihak lain. Kemampuan itu dinilai dari segi kebolehan mendapatkan kerjasama dan sokongan individu yang lain untuk melakukan sesuatu yang dikehendaki. Dalam erti kata lain, fungsi dan operasi sesebuah organisasi sosial adalah tertakluk kepada sistem kawalan dan kuasa yang didapati. Unsur asas organisasi bergantung kepada bentuk kuasa yang wujud dalam organisasi itu iaitu sama ada dalam bentuk sah dan diterima oleh ahli atau yang berbentuk paksaan serta ditolak oleh ahli organisasi. Makna ini hampir sama dengan makna yang diberikan Stewart, A.M. (1994:3) yang menyatakan kuasa sebagai:

   ..the ability to make something happen (or prevent it from happening).

Empowerment

Terdapat pelbagai pandangan tentang makna Empowerment seperti:

   Empowerment is an environment in which people have the ability, the confidence, and the commitment to take the responsibility and ownership to improve the process and initiate the necessary steps to satisfy customer requirements within well-defined boundaries in order to achieve organizational values and goals. (Besterfield, D.H et al. 2003:96)

Berdasarkan definisi di atas jelas menunjukkan bahawa empowerment memerlukan individu bertanggungjawab dalam menyiapkan keseluruhan tugas. Pekerja bertanggungjawab sepenuhnya dan accountable kepada tugasan atau kuasa yang telah diserahkan kepadanya. Dalam perkataan lain, empowerment menjurus kepada perluasan bidang kerja terutama dari sudut interaksi dan kebergantungan dengan pihak lain dalam organisasi (Besterfield, D.H et al. 2003:96).


Kamus Oxford pula memberikan makna kepada perkataan empower sebagai:

   To give somebody power or authority (to do something) (Steel, M. 2000:260)

Scott, C.D & Jaffe, D.T. (1991: 15) melihat empowerment sebagai satu proses yang cuba memahami perhubungan antara manusia atau pekerja.

Oleh itu, empowerment boleh dikatakan sebagai (Clutterbuck, D. & Kernaghan, S. 1994: 13) :

   * satu cara penumpuan kuasa pada individu tertentu dengan memberikannya autoriti, tanggungjawab, sumber dan kuasa.   * delegasi tanggungjawab untuk membuat keputusan.   * penurunan kuasa yang terkawal.   * mewujudkan suasana agar pekerja dapat menggunakan keupayaan mereka semaksimum mungkin untuk mencapai matlamat organisasi.

Delegasi

  • Kamus Oxford memberikan makna kepada perkataan delegate sebagai: Menugaskan/membahagikan kerja dan sebagainya (Steel, M. 2000:209)
  • Delegation refers to distributing and entrusting work to others…aimed at expanding the content of an individual’s job (Besterfield, D.H et al. 2003:96)


Oleh itu, delegasi bolehlah dikatakan sebagai proses penyerahan kerja kepada orang bawahan dengan memberikan latihan dan tunjuk ajar sebelum penyerahan tugas. Tugasan yang didelegasikan biasanya adalah kerja yang berada di dalam bidang tanggungjawab pengurus atau pemimpin.